Sunday, December 2, 2012

Ibrah praktikal Kisah Nabi Musa dan Khidir : Buat pilihan

Soalan :

Sudah beberapa kali saya mendapat soalan daripada para junior di kampus dari pelbagai jurusan yang mengatakan mereka 'tersilap' memilih bidang pengajian apabila mereka berada di tahun ke-3 atau ke-4 pengajian. Bagaimana mahu menangani masalah ini?

Jawapan :

Saya memetik ibrah daripada surah alkahfi;salah satu cerita yang terdapat dalam surah alkahfi ialah Kisah Nabi Musa dan Hamba Allah yang soleh iaitu Khidir alaihi salam.

Nabi Musa menghadapi pelbagai peristiwa pelik dalam perjalanan baginda dengan Khidir. Antaranya, khidir telah ;
1-Memecahkan perahu mengakibatkan bocor dan boleh menenggelamkan penumpang-penumpangnya.

2-Khidir telah membunuh seorang anak kecil.

3-Khidir membaiki tembok di sebuah kawasan kependudukan walaupun pada asalnya penduduk kawasan berkenaan enggan memberikan makan kepada beliau.

Akhirnya, justifikasi setiap peristiwa 'aneh' diterangkan Khidir kepada Nabi Musa. (Rujuk di dalam tafsir untuk lebih lanjut)

Apa yang kita dapat belajar ?
1-Dalam perjalanan menuntut ilmu sebenarnya kita sedang mencantunkan pecahan-pecahan jigsaw puzzle yang kita tidak nampak gambaran sebenar kecuali setelah semuanya digabungkan.

2-Kesabaran dalam menuntut ilmu perlu ada kepada semua penuntut ilmu kerana kita tidak tahu selalunya perkara aneh yang kita tidak suka sebenarnya kebaikan kita untuk masa hadapan.

Wallahualam. Semoga kita dapat mengambil hikmah teladan dari kisah ini ^^


****
Beberapa respons menarik daripada persoalan di atas dapat saya petik melalui satu posting facebook  
yang telah saya buat. Sila lihat di sini

Teknik membuat keputusan yang tepat perlu ada dalam kehidupan seharian.

Kita tidak terlepas daripada membuat lebih 100 pilihan setiap hari. Dari sekecil-kecil memilih baju mana mahu dipakai pada hari ini sehinggalah sebesar-besar perkara ; perkara berkenaan akidah.

Antara teknik  yang boleh diguna :


1-Tentukan masalah yang kelihatan dan masalah sebenar.


2-Berbincanglah dengan orang yang boleh menjadi rujukan dalam memberikan pendapat dalam masalah berkenaan. (Istisyarah).


3-Mohonlah petunjuk kepada Allah agar diberikan hikmah dan kekuatan dalam memilih jawapan kepada masalah yang dihadapi. (Isthikharah).