Tuesday, November 27, 2012
Sunday, November 25, 2012
Pandang sisi untuk Kisah Pemilik 2 kebun
Ayat al-Quran apabila menceritakan tentang sungai yang mengalir dalam syurga, buah-buahan yang ranum dan lain-lain adalah kerana ia menjadi impian penduduk Mekah kerana di negeri tersebut tidak ada perkara-perkara tersebut. Impian mereka itu Allah akan berikan kepada mereka di hari akhirat kelak di Syurga. Ia adalah agar menjadi rangsangan untuk mereka untuk masuk Islam.
Mungkin bagi kita apalah sangat dengan sungai dan buah-buahan kerana di negara kita terlalu banyak perkara tersebut. Tetapi dalam Syurga bukan itu sahaja yang akan wujud. Apa yang kita impikan juga akan ada.Apakah impian kita? Apabila kita tengok orang lain duduk di rumah yang besar, kita impikan rumah sebesar itu. Apabila kita lihat kereta yang besar dan selesa, kita impikan kereta tersebut. Apabila kita tengok di tempat orang ada air terjun dan pantai, kita inginkan agar kita sentiasa bersantai di sana.
Allah pasti tunaikan impian kita itu di Syurga dengan syarat kita melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. JADIKANLAH IA SEBAGAI RANGSANGAN DAN MOTIVASI UNTUK KITA BERAMAL.
Via FB
Ustaz Mahyuddin Hashim
Pensyarah USIM
Wednesday, November 21, 2012
Kaitan antara pembentukan nilai dan surah alkahfi
Apakah itu NILAI ?
- Penapis tidak sedar selepas program meta
- Penapis peringkat pertama yang menilai kandungan yang diterima berdasar pengalaman kita hingga kini
- Menentukan baik/tidak, benar/salah
- Memutuskan corak tindakan kita
- Kompas pada kehidupan kita
- Disusun ikut hierarki (Impak dan keperluan)
- Berkait dengan kepercayaan dan keadaan diri
Sumber : NLP: Rahsia sains & seni kejayaan (Md. Taib Mat)
Fungsi surah alkahfi
kredit : kuliah online ustaz hasrizal abd jamil
Monday, November 19, 2012
Blog dan website rujukan
Koleksi Soalan
Artikel
Mohd Hafizul Hilmi
Artikel
- Akademi Sinergi
- suhaibwebb.com
- Penulisan tesis Krisis Identiti Remaja : Penyelesaian berdasar surah alkahfi
ASPEK
P
I
- **akan diupdate kemudian
E
- **akan diupdate kemudian
S :
Facebook
Slide/pdf/ebook
- Mytazkirah.com
- Hadith-hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-kahfi pada hari jumaat : satu kajian terperinci
Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah Al-Kahfi (Workbook)
- Ibrah Surah Alkahfi
- Ibrah Surah Alkahfi 2
- Ibrah Surah Alkahfi 3
- Ibrah Surah Alkahfi 4
- Ibrah Surah Alkahfi 5
- Ibrah Surah Alkahfi 6
- Ibrah Surah Alkahfi 7
- Ibrah Surah Alkahfi 8
Mohd Hafizul Hilmi
Artikel Ustaz Hasrizal Abd Jamil
Pengenalan Surah Al-Kahfi
PENGENALAN SURAH AL-KAHF
● Surah Makkiyyah
● 110 ayat
● 71 ayat adalah berkaitan kisah
● 39 ayat adalah komentar kepada kisah, gambaran kehidupan dan hari Kiamat
● Ada 4 kisah :
- Kisah Ashaab Al-Kahf
- Kisah Kafir Pemilik Dua Kebun dan Sahabatnya Seorang Mukmin
- Kisah Pengembaraan Musa dan Khidir yang soleh
- Kisah Dzulqarnain
LATAR BELAKANG PENURUNAN SURAH AL-KAHF
● Kemuncak krisis kepercayaan antara Muslim dan Musyrikin Quraiysh Mekah
● Riwayat yang dikeluarkan oleh Ibn Ishaq, Ibn Jarir, Ibn Al-Mundhir, Abu Nuaim,
al-Baihaqi daripada Ibn Abbas radhiyallaahu ‘anhuma
al-Baihaqi daripada Ibn Abbas radhiyallaahu ‘anhuma
● Kisah kaum Quraisy menghantar al-Nadhr bin al-Haarith dan Uqbah bin Abi
Mu’aith kepada pendeta-pendeta Yahudi di Madinah
Mu’aith kepada pendeta-pendeta Yahudi di Madinah
● Bertanya mengenai 3 perkara iaitu :
- Sekumpulan anak muda yang hilang secara ghaib
- Seorang lelaki yang mengelilingi dunia antara Timur dan Barat
- Mengenai Roh
KEPENTINGAN MENGUASAI SURAH AL-KAHF
Daripada Abu al-Darda’, sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal Surah Al-Kahf, pasti terlindung daripada Dajjal” (Hadith Riwayat Muslim, No. 809)
Daripada Ali, yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam, baginda bersabda, “Barangsiapa membaca Surah Al-Kahf pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”. (Al-Dhurr al-Manthur oleh Al-Suyuti 5:355)
PANDANGAN ABU AL-HASAN ALI AL-NADAWI
Keseluruhan isi kandungan Surah Al-Kahf menjurus kepada suatu kesimpulan yang besar iaitu : “Krisis Pertembungan Di Antara Iman dan Materialisme”
PANDANGAN SAYYID QUTB
Surah Al-Kahf menjalankan 3 fungsi iaitu :
● Tashih al-Aqidah (Memperbetulkan Aqidah/Kepercayaan)
● Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir
dan Memerhati / mencerap)
dan Memerhati / mencerap)
● Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai
berlandaskan Neraca Aqidah)
berlandaskan Neraca Aqidah)
~Bermula di sini~
Ceramah di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi
Subscribe to:
Posts (Atom)