Sunday, December 2, 2012

Ibrah praktikal Kisah Nabi Musa dan Khidir : Buat pilihan

Soalan :

Sudah beberapa kali saya mendapat soalan daripada para junior di kampus dari pelbagai jurusan yang mengatakan mereka 'tersilap' memilih bidang pengajian apabila mereka berada di tahun ke-3 atau ke-4 pengajian. Bagaimana mahu menangani masalah ini?

Jawapan :

Saya memetik ibrah daripada surah alkahfi;salah satu cerita yang terdapat dalam surah alkahfi ialah Kisah Nabi Musa dan Hamba Allah yang soleh iaitu Khidir alaihi salam.

Nabi Musa menghadapi pelbagai peristiwa pelik dalam perjalanan baginda dengan Khidir. Antaranya, khidir telah ;
1-Memecahkan perahu mengakibatkan bocor dan boleh menenggelamkan penumpang-penumpangnya.

2-Khidir telah membunuh seorang anak kecil.

3-Khidir membaiki tembok di sebuah kawasan kependudukan walaupun pada asalnya penduduk kawasan berkenaan enggan memberikan makan kepada beliau.

Akhirnya, justifikasi setiap peristiwa 'aneh' diterangkan Khidir kepada Nabi Musa. (Rujuk di dalam tafsir untuk lebih lanjut)

Apa yang kita dapat belajar ?
1-Dalam perjalanan menuntut ilmu sebenarnya kita sedang mencantunkan pecahan-pecahan jigsaw puzzle yang kita tidak nampak gambaran sebenar kecuali setelah semuanya digabungkan.

2-Kesabaran dalam menuntut ilmu perlu ada kepada semua penuntut ilmu kerana kita tidak tahu selalunya perkara aneh yang kita tidak suka sebenarnya kebaikan kita untuk masa hadapan.

Wallahualam. Semoga kita dapat mengambil hikmah teladan dari kisah ini ^^


****
Beberapa respons menarik daripada persoalan di atas dapat saya petik melalui satu posting facebook  
yang telah saya buat. Sila lihat di sini

Teknik membuat keputusan yang tepat perlu ada dalam kehidupan seharian.

Kita tidak terlepas daripada membuat lebih 100 pilihan setiap hari. Dari sekecil-kecil memilih baju mana mahu dipakai pada hari ini sehinggalah sebesar-besar perkara ; perkara berkenaan akidah.

Antara teknik  yang boleh diguna :


1-Tentukan masalah yang kelihatan dan masalah sebenar.


2-Berbincanglah dengan orang yang boleh menjadi rujukan dalam memberikan pendapat dalam masalah berkenaan. (Istisyarah).


3-Mohonlah petunjuk kepada Allah agar diberikan hikmah dan kekuatan dalam memilih jawapan kepada masalah yang dihadapi. (Isthikharah).

Sunday, November 25, 2012

Pandang sisi untuk Kisah Pemilik 2 kebun


Ayat al-Quran apabila menceritakan tentang sungai yang mengalir dalam syurga, buah-buahan yang ranum dan lain-lain adalah kerana ia menjadi impian penduduk Mekah kerana di negeri tersebut tidak ada perkara-perkara tersebut. Impian mereka itu Allah akan berikan kepada mereka di hari akhirat kelak di Syurga. Ia adalah agar menjadi rangsangan untuk mereka untuk masuk Islam.

Mungkin bagi kita apalah sangat dengan sungai dan buah-buahan kerana di negara kita terlalu banyak perkara tersebut. Tetapi dalam Syurga bukan itu sahaja yang akan wujud. Apa yang kita impikan juga akan ada.Apakah impian kita? Apabila kita tengok orang lain duduk di rumah yang besar, kita impikan rumah sebesar itu. Apabila kita lihat kereta yang besar dan selesa, kita impikan kereta tersebut. Apabila kita tengok di tempat orang ada air terjun dan pantai, kita inginkan agar kita sentiasa bersantai di sana. 

Allah pasti tunaikan impian kita itu di Syurga dengan syarat kita melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. JADIKANLAH IA SEBAGAI RANGSANGAN DAN MOTIVASI UNTUK KITA BERAMAL.

Via FB

Ustaz Mahyuddin Hashim
Pensyarah USIM






Wednesday, November 21, 2012

Kaitan antara pembentukan nilai dan surah alkahfi


Apakah itu NILAI ?
  • Penapis tidak sedar selepas program meta
  • Penapis peringkat pertama yang menilai kandungan yang diterima berdasar pengalaman kita hingga kini
  • Menentukan baik/tidak, benar/salah
  • Memutuskan corak tindakan kita
  • Kompas pada kehidupan kita
  • Disusun ikut hierarki (Impak dan keperluan)
  • Berkait dengan kepercayaan dan keadaan diri
Sumber : NLP: Rahsia sains & seni kejayaan (Md. Taib Mat)

Fungsi surah alkahfi


kredit : kuliah online ustaz hasrizal abd jamil





Monday, November 19, 2012

Blog dan website rujukan

Koleksi Soalan


Artikel
ASPEK 
P

  • **akan diupdate kemudian
E

  • **akan diupdate kemudian

S :

Facebook
Slide/pdf/ebook
Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah Al-Kahfi (Workbook)
Audio mp3





Catata Seminar Surah Al-Kahfi
Mohd Hafizul Hilmi

Artikel Ustaz Hasrizal Abd Jamil


Pengenalan Surah Al-Kahfi




PENGENALAN SURAH AL-KAHF


●          Surah Makkiyyah
●          110 ayat
●          71 ayat adalah berkaitan kisah
●          39 ayat adalah komentar kepada kisah, gambaran kehidupan dan hari Kiamat
●          Ada 4 kisah :
  • Kisah Ashaab Al-Kahf
  • Kisah Kafir Pemilik Dua Kebun dan Sahabatnya Seorang Mukmin
  • Kisah Pengembaraan Musa dan Khidir yang soleh
  • Kisah Dzulqarnain

LATAR BELAKANG PENURUNAN SURAH AL-KAHF
●          Kemuncak krisis kepercayaan antara Muslim dan Musyrikin Quraiysh Mekah
●          Riwayat yang dikeluarkan oleh Ibn Ishaq, Ibn Jarir, Ibn Al-Mundhir, Abu Nuaim,
             al-Baihaqi daripada Ibn Abbas radhiyallaahu ‘anhuma
●          Kisah kaum Quraisy menghantar al-Nadhr bin al-Haarith dan Uqbah bin Abi  
            Mu’aith  kepada pendeta-pendeta Yahudi di Madinah
●          Bertanya mengenai 3 perkara iaitu :
  • Sekumpulan anak muda yang hilang secara ghaib
  • Seorang lelaki yang mengelilingi dunia antara Timur dan Barat
  • Mengenai Roh

KEPENTINGAN MENGUASAI SURAH AL-KAHF
Daripada Abu al-Darda’, sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal Surah Al-Kahf, pasti terlindung daripada Dajjal” (Hadith Riwayat Muslim, No. 809)
Daripada Ali, yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam, baginda bersabda, “Barangsiapa membaca Surah Al-Kahf pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”. (Al-Dhurr al-Manthur oleh Al-Suyuti 5:355)

PANDANGAN ABU AL-HASAN ALI AL-NADAWI
Keseluruhan isi kandungan Surah Al-Kahf menjurus kepada suatu kesimpulan yang besar iaitu : “Krisis Pertembungan Di Antara Iman dan Materialisme”

PANDANGAN SAYYID QUTB
Surah Al-Kahf menjalankan 3 fungsi iaitu :
●          Tashih al-Aqidah (Memperbetulkan Aqidah/Kepercayaan)
●          Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir  
             dan Memerhati / mencerap)
●          Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai
berlandaskan Neraca Aqidah)

~Bermula di sini~



Ceramah di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi